Dalam kehidupan normal,
manusia sering berhadapan dengan pelbagai masalah. Masalah dihadapi oleh semua
lapisan masyarakat, dari pemimpin hinggalah rakyat biasa, dari orang tua
hinggalah ke orang muda, namun masalah dapat diselesaikan jika dikendalikan
dengan betul.
Penyelesaian masalah
dapat dibahagikan kepada empat cara iaitu, menggunakan cara fikiran
logik,penyelesaian secara agama,penyelesaian secara perasaan, dan penyelesaian
secara kreatif.
Masalah pula dapat
dikategorikan kepada pelbagai kategori seperti misteri,puzzle,dilemma dan
peluang. Di sini ditekankan bahawa terdapat perbezaan antara masalah dan isu.
Sesuatu masalah perlu satu penyelesaian yang agak segera manakala sesuatu isu perlu ditangani dengan lebih
berhati-hati.
Seterusnya, Francis,
menyenaraikan sekurang-kurangnya empat ciri penting di dalam individu untuk
menjadikannya seorang penyelesai masalah yang berkemampuan,iaitu:
i.
Punyai motivasi yang kuat
Penyelesai masalah yang
berkebolehan akan mengatasi semua kesukaran dengan tenaga yang ada pada diri
mereka dengan sentiasa bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan semua
kesukaran. Malah, mereka akan menunjukkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah
yang dianggap sukar oleh orang lain.Berikutnya, penyelesai masalah yang
berkemampuan penuh dengan kekuatan dan tidak dilemahkan dengan masalah dan
kesukaran. Mereka melihat masalah yang ada dalam kehidupan harian mereka
sebagai sementara sahaja. Selain itu, penyelesai masalah yang berkebolehan akan
melipatkan usahanya untuk mencari penyelesaian apabila masalh itu menjadi
rumit.Mereka tidak takut kepada misteri dan kesukaran.
ii.
Trait yang positif
Penyelesai masalah yang
berkebolehan mempunyai emosi yang stabil. Mereka juga mampu untuk bekerjasama dengan
orang lain untuk mencapai kejayaan.Selain itu, mereka mestilah cerdik dan
pintar dalam memahami dan menangani sesuatu isu. Akhir sekali, penyelesai
masalah ialah seorang yang mampu terus berusaha dan tida berasa jemu atau bosan
dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Baden-Powell menggelar sifat ini sebagai
“stickability”.
iii.
Jati diri
Penyelesai
masalah sedar akan kelemahan dirinya namun mereka mempunyai tahap keyakinan
diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul. Mereka tetap
yakin pada diri mereka meskipun pada hakikatnya ia belum pasti apa yang hendak
dilakukan.
iv.
Membina kemahiran
Penyelesai
masalah boleh menggunakan berbagai-bagai teknik model untuk menyelesaikan
masalah. Teknik ini boleh dipelajari melalui kursus-kursus.
Terdapat
beberapa contoh model yang boleh digunpakai iaitu contoh model penyelesaian masalah
enam langkah(Chang dan Kelly,1993) dan contoh model penyelesaian masalah lapan
langkah(Francis,1990)
KATEGORI
MASALAH
Adalah
amat penting untuk mengkategorikan masalah kerana setiap masalah punyai cara
penyelesaian yang tersendiri.
1. Misteri
Merupakan
satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau
diharapkan. Secara kesuluruhannya, misteri ini sukar diterangkan dengan
menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab tentang berlakunya sesuatu peristiwa.
2. Tugasan
Bermaksud
kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan
kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian.Tugasan
memerlukan teknik-teknik tertentu dan orang yang melaksanakan tugasan perlu faham
matlamat dan lain-lain keperluan.
3. Kesukaran
Perkara
yang kita tahu apa yang hendak dilakukan tetapi pelaksanaannya adalah amat
rumit,mencabar dan kompleks.Sebab kesukaran adalah kerana kita tidak tahu menguruskan
situasi dan kita merasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi.Kesukaran
boleh dibahagi kepada dua iaitu subjektif dan objekltif. Kesukaran subjektif
ialah sifat-sifat negative atau mental blok yang ada pada individu itu sendiri
manakala kesukaran objektif pula ialah perkara-perkara yang menghalang kemajuan
yang berada di luar individu.
4. Peluang
Peluang
dapat menjana keuntungan. Apabila peluang muncul kita seharusnya
mengeksploitnya sebaik mungkin kerana peluang tidaklah seperti cendawan yang
tumbuh selepas hujan. Namun, harus diingatkan bahawa peluanag hanya muncul selepas
kita menumpukan daya usaha.
5. Tidak
pasti(Puzzles)
Situasi
di mana kita tahu ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu
tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul.Untuk menyelesaikannya kita
perlu mengkaji segala kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk mencari jawapan
yang betul.
6. Dilema
Dilema
adalah situasi di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan
cara yang terbaik untuk melakukannya meskipun mempunyai maklumat yang cukup.
Kebiasaannya dilemma akan meletakkan diri kita mempunyai dua opsyen dan kedua-dua
opsyen kelihatan betul dan tepat.
MODEL
PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
Terdapat
lapan langkah iaitu:
I.
Mendefinisikan masalah
II.
Mengkelaskan masalah
III.
Tentukan objektif
IV.
Tentukan ukuran kejayaan
V.
Kutipan data
VI.
Membuat keputusan
VII.
Melaksanakan keputusan yang diambil
VIII.
Penilaian
Penyelesaian
masalah dapat dibahagikan kepada empat iaitu secara saintifik,kreatif,perasaan
dan secara Islam.
Penyelesaian
masalah secara saintifik
Melibatkan
proses empirikal induktif iaitu:
1) Mengadakan
hipotesis
Hipotesis
merupakan tanggapan dan tanggapan ini perlu diuji dna dibuktikan sama ada betul
atau salah.
2) Mengumpul
maklumat
Peringkat
inilah yang membezakan kaedah saintifik dengan kaedah tidak saintifik.
3) Membuat
kesimpulan
Setelah
maklumat dikumpul mencukupi, barulah kesimpulan dibuat. Adalah satu kesalahan
dalam berfikir untuk membuat kesimpulan secara tergesa-gesa.
Penyelesaian
Masalah secara Kreatif
Faktor
yang menyebabkan kita tidak dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan
kaedah ini ialah terlalu mempermudahkan masalah iu,tidak melihat lebih jauh dan
tidak menyoal semua andaian yang kita gunakan.
Untuk
menyelesaikan masalah secara kreatif perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut
iaitu tidak bersifat kritikal seperti kaedah logiki,tidak bersifat analitikal
seperti kaedah saintifik dan ia tidak bersifat sehala seperti kaedah saintifik
yang hanya berfikir menurut logik.
Penyelesaian
Masalah melalui perasaan
Kaedah
pengurusan emosi ini sebenarnya berasasan konsep kecerdasan EQ(Emtional Intelligence)
yang digunakan oleh Peter Salovey. Bagi Salovey, kecerdasan emosi mengandungi
lima domain utama iaitu kebolehan mengetahui emosi sendiri,kebolehan dalam
pengurusan emosi,kebolehan meningkatkan motivasi,kebolehan mengenal emosi orang
lain dan kebolehan menjalin persaudaraan. Pendekatan melalui perasaan dalam
menyelesaikan masalah sangat bergantung kepada kemahiran seseorang itu
mengetahui dan menguruskan emosinya.
Penyelesaian
secara Islam
Punyai
dua pendekatan iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi.
Pendekatan
hukum lebih bersifat rasional dan intelektual. Hukum pula dapat dibahagikan
kepada hukum qat’i dan ijtihadi. Hukum qat’i antaranya ialah hukum-hukum
ibadat,munakahat,jinayat hudud dan sebagainya. Hukum ini wajib dipatuhi melainkan
sebab-sebab seperti darurat,penyakit,gila,pengsan,usia tua, dan cacat mental.
Hukum ijtihadi pula bersifat rasional, ia dapat berubah-ubah menurut perubahan tempat
dan masa. Namun, ia tidaklah semudah itu untuk diubahsuai tanpa sebarang sandaran
syarak yang kuat. Pada umumnya ciri-ciri syariat Islam adalah seperti rabbani(ketuhanan),alamiah(universal),syumul(menyeluruh)
dan wasatiyyah(seimbang).
Pendekatan
sufi pula dianggap bersifat moral dan spiritual malahan ada anggapan setengah
pihak pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak. Penyelesaian masalah menurut
pendekatan sufi memerlukan kefahaman tentang tiga perkara pokok, iaitu:hakikat
masalh, sebab masalah dan kaedah penyelesaian.