Jumaat, 27 November 2015

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Dalam kehidupan normal, manusia sering berhadapan dengan pelbagai masalah. Masalah dihadapi oleh semua lapisan masyarakat, dari pemimpin hinggalah rakyat biasa, dari orang tua hinggalah ke orang muda, namun masalah dapat diselesaikan jika dikendalikan dengan betul.

Penyelesaian masalah dapat dibahagikan kepada empat cara iaitu, menggunakan cara fikiran logik,penyelesaian secara agama,penyelesaian secara perasaan, dan penyelesaian secara kreatif.
Masalah pula dapat dikategorikan kepada pelbagai kategori seperti misteri,puzzle,dilemma dan peluang. Di sini ditekankan bahawa terdapat perbezaan antara masalah dan isu. Sesuatu masalah perlu satu penyelesaian yang agak segera manakala sesuatu  isu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati.

Seterusnya, Francis, menyenaraikan sekurang-kurangnya empat ciri penting di dalam individu untuk menjadikannya seorang penyelesai masalah yang berkemampuan,iaitu:

        i.            Punyai motivasi yang kuat
Penyelesai masalah yang berkebolehan akan mengatasi semua kesukaran dengan tenaga yang ada pada diri mereka dengan sentiasa bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran. Malah, mereka akan menunjukkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dianggap sukar oleh orang lain.Berikutnya, penyelesai masalah yang berkemampuan penuh dengan kekuatan dan tidak dilemahkan dengan masalah dan kesukaran. Mereka melihat masalah yang ada dalam kehidupan harian mereka sebagai sementara sahaja. Selain itu, penyelesai masalah yang berkebolehan akan melipatkan usahanya untuk mencari penyelesaian apabila masalh itu menjadi rumit.Mereka tidak takut kepada misteri dan kesukaran.

      ii.            Trait yang positif
Penyelesai masalah yang berkebolehan mempunyai emosi yang stabil. Mereka juga mampu untuk bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai kejayaan.Selain itu, mereka mestilah cerdik dan pintar dalam memahami dan menangani sesuatu isu. Akhir sekali, penyelesai masalah ialah seorang yang mampu terus berusaha dan tida berasa jemu atau bosan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Baden-Powell menggelar sifat ini sebagai “stickability”.

    iii.            Jati diri
Penyelesai masalah sedar akan kelemahan dirinya namun mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul. Mereka tetap yakin pada diri mereka meskipun pada hakikatnya ia belum pasti apa yang hendak dilakukan.


    iv.            Membina kemahiran
Penyelesai masalah boleh menggunakan berbagai-bagai teknik model untuk menyelesaikan masalah. Teknik ini boleh dipelajari melalui kursus-kursus.
Terdapat beberapa contoh model yang boleh digunpakai iaitu contoh model penyelesaian masalah enam langkah(Chang dan Kelly,1993) dan contoh model penyelesaian masalah lapan langkah(Francis,1990)

KATEGORI MASALAH
Adalah amat penting untuk mengkategorikan masalah kerana setiap masalah punyai cara penyelesaian yang tersendiri.
1.      Misteri
Merupakan satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau diharapkan. Secara kesuluruhannya, misteri ini sukar diterangkan dengan menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab tentang berlakunya sesuatu peristiwa.
2.      Tugasan
Bermaksud kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian.Tugasan memerlukan teknik-teknik tertentu dan orang yang melaksanakan tugasan perlu faham matlamat dan lain-lain keperluan.
3.      Kesukaran
Perkara yang kita tahu apa yang hendak dilakukan tetapi pelaksanaannya adalah amat rumit,mencabar dan kompleks.Sebab kesukaran adalah kerana kita tidak tahu menguruskan situasi dan kita merasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi.Kesukaran boleh dibahagi kepada dua iaitu subjektif dan objekltif. Kesukaran subjektif ialah sifat-sifat negative atau mental blok yang ada pada individu itu sendiri manakala kesukaran objektif pula ialah perkara-perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu.
4.      Peluang
Peluang dapat menjana keuntungan. Apabila peluang muncul kita seharusnya mengeksploitnya sebaik mungkin kerana peluang tidaklah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Namun, harus diingatkan bahawa peluanag hanya muncul selepas kita menumpukan daya usaha.
5.      Tidak pasti(Puzzles)
Situasi di mana kita tahu ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul.Untuk menyelesaikannya kita perlu mengkaji segala kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk mencari jawapan yang betul.

6.      Dilema
Dilema adalah situasi di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya meskipun mempunyai maklumat yang cukup. Kebiasaannya dilemma akan meletakkan diri kita mempunyai dua opsyen dan kedua-dua opsyen kelihatan betul dan tepat.

MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
Terdapat lapan langkah iaitu:
                               I.            Mendefinisikan masalah
                            II.            Mengkelaskan masalah
                         III.            Tentukan objektif
                         IV.            Tentukan ukuran kejayaan
                            V.            Kutipan data
                         VI.            Membuat keputusan
                      VII.            Melaksanakan keputusan yang diambil
                   VIII.            Penilaian

Penyelesaian masalah dapat dibahagikan kepada empat iaitu secara saintifik,kreatif,perasaan dan secara Islam.

Penyelesaian masalah secara saintifik
Melibatkan proses empirikal induktif iaitu:
1)      Mengadakan hipotesis
Hipotesis merupakan tanggapan dan tanggapan ini perlu diuji dna dibuktikan sama ada betul atau salah.
2)      Mengumpul maklumat
       Peringkat inilah yang membezakan kaedah saintifik dengan kaedah tidak saintifik.
3)      Membuat kesimpulan
Setelah maklumat dikumpul mencukupi, barulah kesimpulan dibuat. Adalah satu kesalahan dalam berfikir untuk membuat kesimpulan secara tergesa-gesa.

Penyelesaian Masalah secara Kreatif
Faktor yang menyebabkan kita tidak dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah ini ialah terlalu mempermudahkan masalah iu,tidak melihat lebih jauh dan tidak menyoal semua andaian yang kita gunakan.
Untuk menyelesaikan masalah secara kreatif  perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu tidak bersifat kritikal seperti kaedah logiki,tidak bersifat analitikal seperti kaedah saintifik dan ia tidak bersifat sehala seperti kaedah saintifik yang hanya berfikir menurut logik.

Penyelesaian Masalah melalui perasaan
Kaedah pengurusan emosi ini sebenarnya berasasan konsep kecerdasan EQ(Emtional Intelligence) yang digunakan oleh Peter Salovey. Bagi Salovey, kecerdasan emosi mengandungi lima domain utama iaitu kebolehan mengetahui emosi sendiri,kebolehan dalam pengurusan emosi,kebolehan meningkatkan motivasi,kebolehan mengenal emosi orang lain dan kebolehan menjalin persaudaraan. Pendekatan melalui perasaan dalam menyelesaikan masalah sangat bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengetahui dan menguruskan emosinya.

Penyelesaian secara Islam
Punyai dua pendekatan iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi.
Pendekatan hukum lebih bersifat rasional dan intelektual. Hukum pula dapat dibahagikan kepada hukum qat’i dan ijtihadi. Hukum qat’i antaranya ialah hukum-hukum ibadat,munakahat,jinayat hudud dan sebagainya. Hukum ini wajib dipatuhi melainkan sebab-sebab seperti darurat,penyakit,gila,pengsan,usia tua, dan cacat mental. Hukum ijtihadi pula bersifat rasional, ia dapat berubah-ubah menurut perubahan tempat dan masa. Namun, ia tidaklah semudah itu untuk diubahsuai tanpa sebarang sandaran syarak yang kuat. Pada umumnya ciri-ciri syariat Islam adalah seperti rabbani(ketuhanan),alamiah(universal),syumul(menyeluruh) dan wasatiyyah(seimbang).
Pendekatan sufi pula dianggap bersifat moral dan spiritual malahan ada anggapan setengah pihak pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak. Penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi memerlukan kefahaman tentang tiga perkara pokok, iaitu:hakikat masalh, sebab masalah dan kaedah penyelesaian.